skip to main | skip to sidebar

Halaman

  • Home

Blog Ulamak Pelapis Baling

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

 
 
KEPIMPINAN DALAM ISLAM

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ، فَكَرِهَ مَا قَالَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ ‏"‏ أَيْنَ ـ أُرَاهُ ـ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ ‏"‏‏.‏ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ‏"‏‏.‏ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ ‏"‏ إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ‏"‏‏.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, katanya: Ketika Nabi SAW berada dalam suatu majlis, berucap di hadapan orang ramai, tiba-tiba datang seorang badwi dan berkata: Bilakah akan berlaku kiamat? Nabi SAW. meneruskan ucapannya. Ada di antara orang ramai berkata: Nabi dengar pertanyaan itu, tapi Nabi tidak suka ungkapannya. Sebahagian yang lain berkata: Nabi tak dengar. Apabila selesai berucap, Nabi SAW. bertanya: Mana orang yang bertanya tentang kiamat? Badwi tadi menjawab: Saya, ya Rasulullah. Lalu Nabi SAW bersabda: Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah kiamat. Badwi tadi bertanya lagi: Bagaimana dipersiakan amanah? Lalu Nabi SAW menjawab: Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman), maka tunggulah kiamat (kehancuran). (Riwayat al-Bukhari)

Kepimpinan dikaitkan dengan amanah. Amanah pula dikaitkan dengan kiamat/kehancuran. Ini disebabkan kerana pemimpin memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran. Pemimpin yang beriman akan membawa rakyat ke jalan yang diredhai Allah SWT. Manakala pemimpin yang tidak beriman akan membawa manusia ke jalan yang sesat dan dimurkai Allah sw.t.

Oleh kerana pemimpin bertanggungjawab memandu manusia ke jalan Allah SWT beberapa sifat mahmudah perlu dimiliki. Antaranya,kita dapat lihat dalam beberapa ayat al-Quran:

Firman Allah taala di dalam Surah al-Anbiya' ayat 74 yang bermaksud: Dan kepada Luth, Kami anugerahkan hikmah dan ilmu.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Qosos ayat 26 yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang gagah dan dapat dipercayai.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Maidah ayat 55 yang bermaksud: Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat serta tunduk patuh (kepada semua perintah Allah)

Firman Allah taala di dalam Surah as-Syura ayat 38 yang bermaksud: Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah di antara mereka.

Di samping itu, Nabi SAW juga menyebut dalam beberapa hadithnya:

عنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ:"خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ، وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ، وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ

Maksudnya: Daripada ‘Auf bin Malik r.a. katanya: Saya dengar Nabi SAW. bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, kamu berdoa untuk mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu kutuk mereka dan mereka kutuk kamu. (Riwayat Muslim)

"إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الْحُطَمَةُ، فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ"

Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang mengasari dan menzalimi rakyat tanpa kasihan belas. Ingat-ingatlah kamu, jangan termasuk di kalangan mereka. (Muttafaqun Alaihi)

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Tiada seorang pun hamba Allah yang diberi kuasa mentadbir rakyat, lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan syurga untuknya. (Muttafaqun Alaihi)

مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ، ثُمَّ لاَ يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْفح لهم، إِلاَّ لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمُ الْجَنَّةَ"

Maksudnya: Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka. (Riwayat Muslim)

Renungkanlah ayat-ayat Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW di atas untuk menyedarkan kita betapa pentingnya kepimpinan dalam meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi. Islam menggariskan panduan untuk kita supaya kepimpinan mesti berada di tangan orang yang beriman yang akan mendaulatkan Islam dalam semua urusan kehidupan.

Panduan daripada Quran dan Hadith itu perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita agar kita dipimpin oleh golongan yang beriman. Jadi, alangkah ruginya manusia yang membiarkan urusan kepimpinan berada di tangan mereka yang tidak berapa yakin dengan Islam. Akhirnya corak pentadbiran lari dari landasan Islam yang pastinya mengundang padah dan kita juga akan menerima dosa kerana membiarkan kerosakan di muka bumi ini.

Untuk perbandingan, lihatlah hadith Nabi SAW.:

إِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُمْ خِيارُكُم وَأَغْنِيَاؤُكُم سُمْحَاءَكُم وأُمُوْرَكُم شُورَى بَيْنَكُم فَظَهْرُ الأرضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ بَطْنِهَا وَإِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُم شِرَارَكُم وأَغْنِيَاؤُكُم بُخَلاَءَكُم وأُمُوْرَكُم إلى نِسَائِكُمْ فَبَطْنُ الأرضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا

Maksudnya: Apabila pemimpin kamu terdiri daripada orang yang terbaik di kalangan kamu, jutawan kamu adalah orang yang paling dermawan, urusan kamu diputuskan dalam musyawarah kamu, maka belakang bumi (hidup) lebih baik bagi kamu daripada perutnya (mati). Dan apabila pemimpin kamu adalah orang yang jahat di kalangan kamu, jutawan kamu adalah manusia yang paling bakhil dan urusan kamu diserahkan kepada wanita, maka perut bumi (mati) adalah lebih baik bagi kamu daripada belakangnya (hidup). (Riwayat at-Turmizi)

Itulah nilai kepimpinan dalam Islam. Kepimpinan akan menerajui segala urusan pentadbiran dan akan merancang semua peraturan serta undang-undang untuk dipatuhi oleh semua rakyat. Pemimpin yang beriman akan memandu rakyat ke arah yang diredhai Allah SWT . Sebaliknya pemimpin yang tidak beriman akan terus berusaha memesongkan rakyat jelata dari Islam dengan sangkaannya bahawa dialah yang terbaik.

Oleh itu marilah kita corakkan bentuk kepimpinan negara supaya kita juga mendapat habuan dan ganjaran daripada Allah SWT pada hari akhirat nanti. Kita tidak boleh menyerahkan urusan kepimpinan ini kepada orang yang tidak memahami Islam ataupun orang yang tidak minat dengan Islam. Kegagalan kita bertindak atau kecuaian kita menguruskan perkara ini meletakkan kita di kandang salah yang akan mendapat seksaan Allah s.w.t pada hari akhirat kelak.

Marilah kita sama-sama berusaha supaya kepimpinan negara kita akan berada di tangan insan yang beriman. Usaha ini perlulah berterusan dan berkekalan kerana musuh-musuh Allah SWT tidak pernah jemu untuk memerangkap orang Islam, khususnya mereka yang bertungkus lumus berusaha mendaulatkan Islam.

Ambillah pengajaran daripada sirah Rasulullah SAW yang terpaksa berjuang mati-matian hanya untuk mendaulatkan Islam. Kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan corak kepimpinan negara pada masa depan. Gunakanlah kesempatan ini untuk menjadikan negara kita ‘Baldaton Taiyyibah wa Rabbon Ghafur.

Sumber:http://ilmampusat.blogspot.com
Posted by Blog Ulamak Pelapis DUP Baling at 10:41 PG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Labels: artikel ilmiah

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople




HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.  Disiarkan semula  di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________ 
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN 

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
 
PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.




Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN 

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican




Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.




Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.






Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota 

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin




Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.













Posted by Blog Ulamak Pelapis DUP Baling at 10:11 PG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Labels: Tokoh Islam

KEPENTINGAN KEPIMPINAN ULAMA: HUKUM, DALIL DAN RASIONAL


Ulama' Mengikut Perspektif Islam

Takrif ulama' dari sudut bahasa Arab ialah bermaksud orang yang mengetahui sesuatu. Ianya berasal daripada kalimah aliim dan ulama’ adalah perkataan jama’ (gandaan yang menunjukkan bilangan banyak) kepada aliim . Manakala dari sudut syarak, pelbagai takrifan telah diberikan antaranya ialah :

1. Takrif Syeikh Abul Aziz Badri dimana beliau berkata : “Ulama’ adalah sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ tidak takut kepada pemerintah yang zalim dan pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT”.

2. Imam Al-Hassan Al-Basri berkata : “Ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatNya”

3. Imam Malik berkata : “Ulama’ bukanlah seorang yang banyak menghafaz riwayat hadis bahkan mempunyai ilmu yang merupakan nur (cahaya) yang dinyalakan Allah di dalam hati”

4. Dr. Harun Din mengatakan bahawa ianya ialah kalimah jama’ daripada perkataan alim dengan bermaksud seseorang yang mendalami pengetahuan agama. Di dalam bahasa Arab terdapat banyak istilah lain selain istilah ulama’ yang digunakan bagi merujuk kepada bidang masing-masing sebagai contoh khabir, muhtarifun, fanniyyun yang merujuk kepada pakar selain bidang agama.

Di Dalam Al-Quran Al-Karim Allah s.w.t telah berfirman :

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Bermaksud : “Hanyasanya orang yang paling takut kepada Allah adalah ulama” (Surah Fathir, ayat 28)

Menurut al-Imam al-Syaukani dalam mentafsirkan ayat ini beliau berkata, “ Ulama adalah mereka yang takut pada Allah taala,dan mengetahui bahawa Allah taala berkuasa atas sesuatu”. Al-Imam al-Qurtubi menyebut, “Ulama adalah seorang yang takut akan kekuasaan Allah taala dan yakin bahawa Allah taala akan membalas segala maksiat yang dilakukan.

Menurut al-Syahid Syed Qutb pula : “ Ulama adalah orang yang mengetahui tentang sifat Allah taala dan kebesarannya. Sesiapa yang bertambah ilmunya maka akan bertambah takutnya kepada Allah taala”. Berdasarkan kepada tafsiran tersebut nyatalah mereka yang tidak takutkan hukum Allah s.w.t dan bersungguh-sungguh melaksakan perintah Allah bukanlah mereka yang layak digelar ulama pada hakikatnya walaupun mahir dalam persoalan halal dan haram. Oleh itu, ulama yang takut kepada Allah iailah mereka yang mengmalkan ilmunya dan menyeru manusia supaya turut sama takut dan patuh kepada perintah Allah.

SYARAT-SYARAT DAN CIRI-CIRI BERGELAR ULAMA’

Institusi ulama’ merupakan institusi yang tinggi di dalam Islam. Allah s.w.t telah berbangga dengan para ulama dan telah mengangkat darjat mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana firman Allah :

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Bermaksud: “ Allah s.w.t mengangkat darjat orang yang beriman dan mereka yang diberikan ilmu dengan beberapa darjat”. (Surah Mujadalah, ayat 11)

Oleh yang demikian itu, ulama perlulah memiliki cirri-ciri dan syarat yang ketat sesuai dengan kedudukan mereka di dalam Islam. Syarat-syarat seorang ulama ialah :

1. Memiliki disiplin ilmu Islam yang menyeluruh. Syarat ini penting untuk membezakan mereka yang hanya memiliki pengetahuan agama dan mereka yang betul-betul menguasainya supaya dapat diletakkan seseorang itu di kedudukannya.. Antara ilmu-ilmu yang perlu dikuasai ialah :

a. Bahasa Arab dan cabang-cabangnya seperti Nahu, Saraf.
b. Al-Quran dan Ulum al-Quran
c. Ilmu Feqah Islam dan Usul Feqah
d. Ilmu Hadis dan Ulum al-Hadis
e. Ilmu Mantiq
f. Ilmu Tarikh al-Islami dan Sirah Nabawiyah
g. Ilmu Aqidah Islamiyah (Ahlussunnah Wal Jamaah)
h. Ilmu Tasawwuf dan akhlak.
i. Usul dakwah

Ulama yang dimaksudkan juga adalah mereka yang menguasai ilmu agama dengan cara mempelajarinya dengan para ulama secara berdepan atau musyafahah , di dalam segenap lapisan ilmu islam sama ada ilmu yang berkaitan usul ataupun furuk. Bukan hanya sekadar membacanya dengan tanpa berguru. Ini adalah bagi memastikan ianya diambil daripada acuan yang sebenar bukan dengan hawa nafsu dan salah faham. Bagi zaman sekarang, memadai untuk ulama untuk memiliki pengkhususan dalam salah satu bidang yang disebut atau lebih disamping menjadikan selainnya sebagai thaqofah yang turut dipelajari.

2. Mempunyai pengetahuan umum dan pelbagai mengenai Islam dan isu sekitarnya. Antara perkara-perkara yang perlu dihadam dengan baik ialah :

a. Buku-buku karangan ulama harakah al-Islamiyah seperti al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Fathi Yakan, al-Syeikh Said Hawwa dan lain-lain.

b. Feqah Haraki seperti Feqah Waqi’,Feqah Muwazanah, Feqah Awlawiyyat, Feqah Taghyir.

c. Selok belok serangan pemikiran moden seperti Freemason, Kristianisasi, ajaran anti hadis dan lain-lain

d. Politik dan perundangan negara serta hal ehwal politik semasa.

Demikian juga ulama perlu memiliki ciri-ciri dan keperibadian yang unggul sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sesuai dengan kedudukan ulama’ sebagai pewaris Nabi Muhammad s.a.w. Antara sifat yang perlu dimiliki ialah :

1. Cinta kepada Allah s.w.t
2. Cinta dan benci kepada makhluk hanya kerana Allah.
3. Berjiwa pendidik (murabbi)
4. Mendapat tarbiyah yang baik.
5. Sanggup dipimpin dan memimpin.
6. Berjiwa pejuang dan sanggup berjihad dengan segala apa yang dimiliki.
7. Berjiwa besar dan tidak takut dikritik oleh manusia.
8. Bijak berhadapan dengan situasi semasa.
9. Hidup dalam masyarakat (mua’yasyah al-mujtama’)

HUKUM ULAMA’ MENJADI PEMIMPIN DAN DALIL-DALILNYA

Setelah melihat kepada takrif, ciri-ciri serta sejarah seperti yang tercatat sebelum ini dapatlah ditegaskan secara umumnya bahawa ulama wajib memimpin. Oleh kerana sesebuah gerakan Islam ingin membawa Islam itu sendiri maka golongan yang paling berkemampuan untuk menerangkan kebaikan Islam kepada masyarakat secara terperinci dan keburukan sistem selain Islam adalah para ulama.

Terdapat dalil yang cukup banyak membicarakan berkenaan perkara ini. Bagi yang memahaminya dengan baik tentu akan mencukupi baginya walaupun satu dalil sahaja. Namun seseorang yang ingin mengingkarinya, maka jika kita datangkan dengan seribu satu dalil sekalipun mereka tetap akan mengingkari akan perkara ini.

Jika kita memerhatikan dengan teliti di dalam al-Quran dan al-Sunnah maka kita akan mendapati bahawa para ulama sebenarnya adalah merupakan mereka yang paling layak untuk memegang tampuk kepimpinan khususnya dalam gerakan Islam yang ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kita akan membincangkan secara ringkas apakah dalil yang menunjukkan bahawa perlu para ulama memimpin. Antara dalil-dalil yang menunjukkan perkara ini:

1.PARA NABI MERUPAKAN PARA PEMIMPIN UMAT

Jika kita mengatakan bahawa para nabi adalah pemimpin umat manusia kepada kebenaran. Maka kita juga sepatutnya mengatakan bahawa para ulama juga mengambil tugas para nabi terdahulu. Ini kerana para ulama adalah pewaris para nabi.

Allah s.w.t memilih hambaNya yang bertaqwa bagi melaksanakan tugasan dakwah dan bagi memimpin umat manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: "dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Perkara pertama yang disebutkan oleh Allah s.w.t apabila Nabi Adam alaihi a.s diangkat menjadi Khalifah Allah bukanlah kekuasaan dan kekuatan. Namun perkara pertama yang diajarkan kepada Nabi Allah Adam alaihi a.s ialah ilmu. Ini seperti firman Allah taala di dalam surah al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud: "dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".

Ini menjadi dalil bahawa ilmu adalah perkara pokok yang utama untuk di dahulukan bilamana memegang sesuatu kepimpinan dalam apa jua bentuk.

Allah taala juga menyebutkan kepada Nabi Allah Daud a.s di dalam surah al-Shaad ayat 26 yang bermaksud: "Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

Ayat ini juga menjadi dalil bahawa para Nabi hakikatnya diutuskan untuk menjalankan Syariat Allah di muka bumi ini. Maka para ulama adalah penerus kepada perjuangan para Nabi terdahulu. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam :

إنما العلماء ورثة الأنبياء

Maksudnya : “ Sesungguhnya Para ulama itu adalah merupakan pewaris para Nabi”

Al-Allamah al-Syeikh Ali Surur al-Zankaluni rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Dakwah wa al-Du’ah dengan mengatakan bahawa di antara perkara yang menjadi kekeliruan dan kekacauan di dalam pemikiran masyarakat adalah bilamana seseorang memisahkan politik daripada agama. Malah lebih teruk dengan mengatakan bahawa agama suku dan politik suku. Di antara sebab mengapa umat Islam sekarang jauh ketinggalan di belakang adalah kerana terdapatnya golongan sebegini.

Al-Allamah al-Syeikh Abu Hassan Ali al-Hasani al-Nadwi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Maza Khasirul al-A’lam Binhithot al-Muslimin (kenapakah ruginya ala mini dengan mundurnya umat Islam) dengan mengatakan bahawa jihad tetap akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Pada zaman dahulu jihad dilaksanakan dengan menggunakan mata pedang. Namun pada masa sekarang, jihad adalah dengan menggunakan pemikiran. Maka sepatutnya bagi umat Islam untuk memerangi fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam dengan bentuk jihad yang ada pada masa kini.
Persoalannya siapakah yang akan menerangkan tentang kesalah fahaman di dalam pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan Islam ini jika bukan ulama yang turun padang memberikan penjelasan??

Memberikan penjelasan berkenaan bahaya ajaran selain Islam adalah wajib. Maka ini secara langsung menjadikan keterlibatan di dalam perjuangan Islam juga akan menjadi wajib dengan sebab kedua-duanya punya kesinambungan yang jitu. Para ulama Usul Fiqh menyebutkan :
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya : “Sesuatu yang wajib itu tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu yang lain maka perkara yang digunakan untuk menyempurnakannya juga menjadi wajib.”

SYUBHAT

Terdapat sebahagian orang mengatakan bahawa jika kita mengatakan bahawa ulama perlu untuk memimpin maka ini akan menjadikan Negara tersebut dipimpin oleh orang-orang yang digelar “ Rijal al-Din” atau di dalam bahasa kita disebutkan orang-orang agama. Negara seperti ini samalah seperti bentuk pemerintahan yang dijalankan oleh oleh golongan Kristian bagi menggerakkan sistem Gereja di barat satu ketika dahulu.

JAWAPANBold
Al-Allamah Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Din Wa al-Siasah pada mukasurat 162 mengatakan bahawa jika seseorang itu menyamakan di antara sistem yang Islam bawa seperti sistem yang dibawa oleh golongan paderi maka ini jelas amat bertentangan dengan kebenaran malah jauh daripada hakikat sebenar.

Golongan Kristian membahagikan agama dan pemerintahan kepada dua bahagian. Malah menyerahkan pemerintahan kepada manusia lain untuk melakukan sewenang-wenangnya manakala institusi agama diserahkan kepada pihak paderi bagi menguruskannya.Gambaran sebegini langsung tidak wujud di dalam Islam.

Al-Allamah Muhammad al-Ghazali rahimahullah juga memberikan komentar yang sangat baik di dalam menjawab permasalahan ini dengan mengatakan bahawa : Istilah Rijal al-Din sebenarnya satu perkara yang tidak tepat untuk digunakan di dalam Islam. Ini kerana umat Islam hakikatnya seluruh jiwa raga mereka adalah rijal kepada agama mereka tanpa ada pengecualian.

2.TUJUAN ILMU ADALAH UNTUK MEMBERIKAN PERINGATAN DAN PENGAJARAN

Firman Allah taala di dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud: "dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Setiap zaman punya cara untuk memberikan peringatan kepada umat masing-masing. Di antara cara untuk memberikan peringatan kepada umat pada zaman sekarang adalah dengan memegang tampuk kepimpinan di dalam masyarakat khususnya dalam bentuk jemaah Islam. Maka ini memberi makna, para ulama perlu untuk meletakkan diri mereka sebagai pemimpin umat bagi merealisasikan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Seseorang yang bijak berinteraksi dengan zaman akan memandang bahawa pada zaman sekarang, jika ulama tidak memegang tampuk kepimpinan maka ahli-ahli jemaah secara khususnya dan masyarakat secara umumnya akan berada dalam kejahilan dan jauh hanyut lebih-lebih lagi jika mereka dipimpin oleh orang-orang yang tidak mengatahui soal hukum-hukum Islam.

SYUBHAT

Ada sebahagian orang mengatakan bahawa para ulama tidak perlu untuk memimpin . Ini kerana jika melihat kepada zaman dahulu, para ulama cuma menjadi penasihat kepada para khalifah dan sultan (ahlul halli wal ‘aqd) maka tidak perlu untuk para ulama bergiat cergas menjadi pemimpin.

JAWAPAN

Jawapan bagi orang yang mengatakan sedemikian ialah inilah peri pentingnya seseorang itu bermuamalat dengan zaman dan isu semasa yang berlaku di sekeliling.
Jika seseorang itu membandingkan penglibatan dan gerak kerja ulama dahulu dengan sekarang maka sebenarnya ianya merupakan satu perbandingan yang tidak tepat. Ini kerana , para ulama dahulu mereka memberi nasihat kepada orang yang memahami akan kedudukan sebenar ulama tersebut. Berbeza dengan zaman sekarang yang mana jika ulama hanya melaksanakan sedemikian maka masyarakat akan tetap meletakkan ulama di tempat yang bawah dan seolah-olah kalam dan nasihat mereka hanya boleh dipakai di tempat-tempat tertentu seperti masjid dan lain-lain tempat bukannya sebagai penggubal dasar kepada parti atau negara.

Maka keadaan seperti ini akan menjadikan kita seperti agama Kristian yang membezakan antara agama dan pemerintahan. Ini jelas amat bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenar.

3.ULAMA MENGETAHUI TENTANG HAK ALLAH TAALA

Di antara dalil mengapa para ulama perlu melibatkan diri di dalam kepimpinan pada zaman sekarang adalah kerana para ulama lebih memahami dan mengetahui tentang bagaimana hak Allah akan tertunai di muka bumi Allah taala ini. Di antara peranan ulama juga adalah untuk meninggikan kalimah Allah taala di muka bumi ini.

Firman Allah taala di dalam surah Ali Imran ayat 18 yang bermaksud: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ayat ini menjadi dalil yang jelas bahawa para ulama adalah di antara golongan yang diberikan oleh Allah taala kemampuan untuk memahami dan memberi faham kepada masyarakat tentang peri penting mengembalikan hak pemerintahan mengikut hukum Allah taala.

4. SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHAWA ULAMA MAMPU MEMIMPIN

Antara dalil yang menyokong untuk kita meletakkan para ulama sebagai pemimpin adalah berdasarkan sejarah penglibatan ulama di dalam bidang kepimpinan sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang. Para ulama sudah lama berkecimpung di dalam bidang kepimpinan dan perjuangan agama Allah taala ini. Namun ramai yang terlepas pandang dan tetap menggunakan hujah bahawa ulama tidak boleh menjadi pemimpin, cukup dengan hanya menjadi penasihat.

Di antara ulama yang menjadi pemimpin ialah :

ZAMAN SAHABAT

1. Saidina Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu anhu
2. Saidina Umar bin al-Khattab radhiyallahu anhu
3. Saidina Uthman bin Affan radhiyallahu anhu
4. Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu
5. Saidina Saad bin Abi Waqqas radhiyallahu anhu
6. Saidina Muadz bin Jabal radhiyallahu anhu
7. Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu
8. Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan radhiyallahu anhu dan banyak lagi para sahabat yang tidak mampu untuk kita sebutkan di sini kerana terlalu ramai di antara mereka yang terlibat di dalam kepimpinan Islam.

ZAMAN TABI’EN DAN SELEPASNYA

1. Saidina Umar bin Abdul Aziz rahimahullah
2. Saidina Harun al-Rasyid rahimahullah
3. Saidina Nuruddin al-Zinki rahimahullah
4. Saidina Salahuddin al-Ayyubi rahimahullah
5. Saidina Sultan Abdul Hamid , Sultan terakhir Khilafah Uthmaniyah
6. Saidina Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Kerajaan Islam Melaka.
7. Saidina al-Imam Mutawalli Sya’rawi rahimahullah

ULAMA YANG MEMIMPIN GERAKAN ISLAM SEDUNIA

1. Imam Hassan al-Banna dan para Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang lain.
2. Abul ‘Aala Al-Maududi di India.
3. Syeikh Abdul Qader al-Jazair di Algeria
4. Syeikh Umar Mukhtar di Libya
5. Syeikh Ahmad al-Mahdi di Sudan
6. Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Ini adalah sebahagian kecil yang dapat untuk kita sebutkan disini. Hakikatnya masih terdapat ramai para ulama yang menjadi pemimpin masyarakat. Samaada dengan menjadi Khalifah, Sultan, Menteri , Mufti , Qadhi dan lain-lain jawatan penting.
Para ulama memegang tampuk kepimpinan bukanlah untuk merebut kuasa dan gilakan kuasa tetapi mereka memegangnya hanya kerana amanah yang dirasakan sangat penting untuk dijaga oleh seseorang yang mampu.

Hakikatnya golongan ulama telah dipuji oleh Allah taala di dalam kalamNya yang Maha Qadim ayat 28 surah Faathir yang bermaksud: "dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Semoga dengan catatan ini kita dapat memahami mengapa ulama wajib memimpin sesebuah gerakan Islam ataupun negara itu sendiri seumpama Malaysia dan diharapkan segala keraguan berkaitan dengannya terungkai. Apa yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada kesilapan kami sebagai makhluk yang hina. Wallahu A’alam.

sumber : http://ilmampusat.blogspot.com 
Posted by Blog Ulamak Pelapis DUP Baling at 2:45 PTG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Labels: artikel ilmiah

Mesti Baca....

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ، فَكَرِهَ مَا قَالَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ ‏"‏ أَيْنَ ـ أُرَاهُ ـ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ ‏"‏‏.‏ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ‏"‏‏.‏ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ ‏"‏ إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ‏"‏‏.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, katanya: Ketika Nabi SAW berada dalam suatu majlis, berucap di hadapan orang ramai, tiba-tiba datang seorang badwi dan berkata: Bilakah akan berlaku kiamat? Nabi SAW. meneruskan ucapannya. Ada di antara orang ramai berkata: Nabi dengar pertanyaan itu, tapi Nabi tidak suka ungkapannya. Sebahagian yang lain berkata: Nabi tak dengar. Apabila selesai berucap, Nabi SAW. bertanya: Mana orang yang bertanya tentang kiamat? Badwi tadi menjawab: Saya, ya Rasulullah. Lalu Nabi SAW bersabda: Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah kiamat. Badwi tadi bertanya lagi: Bagaimana dipersiakan amanah? Lalu Nabi SAW menjawab: Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman), maka tunggulah kiamat (kehancuran). (Riwayat al-Bukhari)

Kepimpinan dikaitkan dengan amanah. Amanah pula dikaitkan dengan kiamat/kehancuran. Ini disebabkan kerana pemimpin memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran. Pemimpin yang beriman akan membawa rakyat ke jalan yang diredhai Allah SWT. Manakala pemimpin yang tidak beriman akan membawa manusia ke jalan yang sesat dan dimurkai Allah sw.t.

Oleh kerana pemimpin bertanggungjawab memandu manusia ke jalan Allah SWT beberapa sifat mahmudah perlu dimiliki. Antaranya,kita dapat lihat dalam beberapa ayat al-Quran:

Firman Allah taala di dalam Surah al-Anbiya' ayat 74 yang bermaksud: Dan kepada Luth, Kami anugerahkan hikmah dan ilmu.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Qosos ayat 26 yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang gagah dan dapat dipercayai.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Maidah ayat 55 yang bermaksud: Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat serta tunduk patuh (kepada semua perintah Allah)

Firman Allah taala di dalam Surah as-Syura ayat 38 yang bermaksud: Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah di antara mereka.

Di samping itu, Nabi SAW juga menyebut dalam beberapa hadithnya:

عنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ:"خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ، وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ، وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ

Maksudnya: Daripada ‘Auf bin Malik r.a. katanya: Saya dengar Nabi SAW. bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, kamu berdoa untuk mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu kutuk mereka dan mereka kutuk kamu. (Riwayat Muslim)

"إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الْحُطَمَةُ، فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ"

Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang mengasari dan menzalimi rakyat tanpa kasihan belas. Ingat-ingatlah kamu, jangan termasuk di kalangan mereka. (Muttafaqun Alaihi)

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Tiada seorang pun hamba Allah yang diberi kuasa mentadbir rakyat, lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan syurga untuknya. (Muttafaqun Alaihi)

مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ، ثُمَّ لاَ يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْفح لهم، إِلاَّ لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمُ الْجَنَّةَ"

Maksudnya: Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka. (Riwayat Muslim)

Renungkanlah ayat-ayat Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW di atas untuk menyedarkan kita betapa pentingnya kepimpinan dalam meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi. Islam menggariskan panduan untuk kita supaya kepimpinan mesti berada di tangan orang yang beriman yang akan mendaulatkan Islam dalam semua urusan kehidupan.

Panduan daripada Quran dan Hadith itu perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita agar kita dipimpin oleh golongan yang beriman. Jadi, alangkah ruginya manusia yang membiarkan urusan kepimpinan berada di tangan mereka yang tidak berapa yakin dengan Islam. Akhirnya corak pentadbiran lari dari landasan Islam yang pastinya mengundang padah dan kita juga akan menerima dosa kerana membiarkan kerosakan di muka bumi ini.

Untuk perbandingan, lihatlah hadith Nabi SAW.:


إِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُمْ خِيارُكُم وَأَغْنِيَاؤُكُم سُمْحَاءَكُم وأُمُوْرَكُم شُورَى بَيْنَكُم فَظَهْرُ الأرضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ بَطْنِهَا وَإِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُم شِرَارَكُم وأَغْنِيَاؤُكُم بُخَلاَءَكُم وأُمُوْرَكُم إلى نِسَائِكُمْ فَبَطْنُ الأرضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا

Maksudnya: Apabila pemimpin kamu terdiri daripada orang yang terbaik di kalangan kamu, jutawan kamu adalah orang yang paling dermawan, urusan kamu diputuskan dalam musyawarah kamu, maka belakang bumi (hidup) lebih baik bagi kamu daripada perutnya (mati). Dan apabila pemimpin kamu adalah orang yang jahat di kalangan kamu, jutawan kamu adalah manusia yang paling bakhil dan urusan kamu diserahkan kepada wanita, maka perut bumi (mati) adalah lebih baik bagi kamu daripada belakangnya (hidup). (Riwayat at-Turmizi)

Itulah nilai kepimpinan dalam Islam. Kepimpinan akan menerajui segala urusan pentadbiran dan akan merancang semua peraturan serta undang-undang untuk dipatuhi oleh semua rakyat. Pemimpin yang beriman akan memandu rakyat ke arah yang diredhai Allah SWT . Sebaliknya pemimpin yang tidak beriman akan terus berusaha memesongkan rakyat jelata dari Islam dengan sangkaannya bahawa dialah yang terbaik.

Oleh itu marilah kita corakkan bentuk kepimpinan negara supaya kita juga mendapat habuan dan ganjaran daripada Allah SWT pada hari akhirat nanti. Kita tidak boleh menyerahkan urusan kepimpinan ini kepada orang yang tidak memahami Islam ataupun orang yang tidak minat dengan Islam. Kegagalan kita bertindak atau kecuaian kita menguruskan perkara ini meletakkan kita di kandang salah yang akan mendapat seksaan Allah s.w.t pada hari akhirat kelak.

Marilah kita sama-sama berusaha supaya kepimpinan negara kita akan berada di tangan insan yang beriman. Usaha ini perlulah berterusan dan berkekalan kerana musuh-musuh Allah SWT tidak pernah jemu untuk memerangkap orang Islam, khususnya mereka yang bertungkus lumus berusaha mendaulatkan Islam.

Ambillah pengajaran daripada sirah Rasulullah SAW yang terpaksa berjuang mati-matian hanya untuk mendaulatkan Islam. Kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan corak kepimpinan negara pada masa depan. Gunakanlah kesempatan ini untuk menjadikan negara kita ‘Baldaton Taiyyibah wa Rabbon Ghafur.

Sumber:http://ilmampusat.blogspot.com
Posted by Blog Ulamak Pelapis DUP Baling at 1:08 PTG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Labels: artikel ilmiah

99 NAMA ALLAH

Profail

Blog Ulamak Pelapis DUP Baling
Ditubuhkan pada 23 September 2010
Lihat profil lengkap saya

HARI INI

Jawatankuasa Ulamak Pelapis Baling

Pengerusi
Ustaz Mohd Fauzi B Hashim

Naib.Pengerusi
Ustaz Hanafi B Zulkifli

Setiausaha
Ustaz Khairi B Abd Rahman

Bendahari
Ustaz Khairul Asyraf B Abd Rahman

Ahli Jawatankuasa
Ustaz Marzuki B Yusof
Ustaz Mohd B Saidin
Ustaz Mohd Hafiz B Md Zuki

Nasyid FM


Radio - Nasyid.FM
Free Radio Online

Aktiviti Ulamak Pelapis 2010

23&24 September 2010
Mukhayyam Rijaluddin (Sedim Eco Team Park)

22&23 Oktober 2010
Sehari Bersama Ulamak (Pusat Bimbingan An Nur)

23Hingga 29 November 2010
Kem Alquran & Arab(Surau Ar Rahman ,Sera Bawah)

14 Disember 2010
Forum Maal Hijrah (Masjid Tasek Gelugor)

30 Disember 2010
Qiamullail Bersama Masyarakat(Surau Mengkuang tengah)

CAPAIAN SIYASAH

  • Parti Islam Semalaysia (PAS)
    Jejak Fakir Di Petra Jaya
    8 tahun yang lalu
  • Dewan Ulamak PAS Pusat

Mesti Lawat ....

  • Episode Sebuah Perjuangan
    Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? - Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian s...
    9 tahun yang lalu
  • masanya memilih jalan yang lurus
    menawan puncak kinabalu 1 (politik) - (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang beg...
    13 tahun yang lalu
  • Dato' Tuan Ibrahim
    BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN - 13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang B...
    13 tahun yang lalu
  • Santapan Minda Pejuang
    Ayuh HIJRAH.... - Alhamdulillah. wassolatu wassalamu 'ala Saiyyidina Muhammad ibn Abdillah, wa 'ala aalihi wa sohbihi ila yaumiddiin, wa ba'du ; Sudah begitu lama saya tak ...
    15 tahun yang lalu
  • ...SemBanG - SemBanG BersaMa UsTaZ MuDa
    SePiNgGan NaSi Di KoPiTiAm MeLaNg... - Sepinggan nasi di kopitiam Melang Sepinggan nasi di kopitiam Melang tidaklah sama di hotel berbintang2 apalah sangat dengan Melang sebuah pekan kecil lagi u...
    16 tahun yang lalu
  • www.mymaktabaty.com
    -
  • Ustaz Azhar Idrus
    -

Capaian Akhbar Online

  • Harakah Daily
  • Kosmo Online
  • malaysiakini
  • mystar online
  • Siasah Daily
  • Sinar Harian
  • Tranungkite

Takallam Ma'ana...

widgets
Dikuasakan oleh Blogger.

Label

  • artikel ilmiah (3)
  • Tokoh Islam (1)

Blog Arkib

  • ▼  2011 (4)
    • ▼  Januari (4)
      • KEPIMPINAN DALAM ISLAM
      • Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople
      • KEPENTINGAN KEPIMPINAN ULAMA: HUKUM, DALIL DAN RAS...
      • Mesti Baca....
 
Copyright (c) 2010 Blog Ulamak Pelapis Baling. Designed by Conveyancing
High Deductible Health Insurance, Purchase Beats, Download Marketing Pictures